Monday, July 19, 2010

Buku tamat baca bulan Mei 2010

Menitis airmata tatkala membaca buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman air tangan Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Sebelum membaca buku ini aku rasa dah beberapa kali pernah terlihat buku ni di rak-rak kedai-kedai buku. Tanpa dirancang pada bulan Mei yang lepas aku ikut ahli usrah, Makcik Ram ke Muzium Shah Alam untuk menjadi penyambut tetamu. Malu sekali bila ku ingat yang sesunggahnya aku telah bersalaman dengan Puan Roza, isteri Prof M.Kamil tanpa mengetahui yang aku sedang bersalaman dengan speakers program...boleh berpeluh akibat malu. Puan Roza terlebih dahulu memberi salam dan terus bertanyakan nama penyambut tetamu yang berpakaian serba hitam ini. Secara psikologi, manusia gembira dan lebih cepat mesra apabila seseorang terlebih dahulu bertanyakan namanya. Rasa dihargai. Bijak Puan Roza   (^_^)
 Air tangan Puan Roza



Buku Travelog Dakwah Meniti Hari Esok sebenarnya merupakan buku pertama yang saya habiskan sebelum buku Travelog Haji dan Travelog Cinta Abadi...saya menggemari buku ini... bagi teman-teman yang merasakan membuat perubahan dalam diri adalah satu kesukaran yang amat-amat.....tanya diri kita, BILA LAGI KALAU BUKAN SEKARANG?

Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in

HABIB RIZIEQ FPI
Di tengah-tengah beratnya godaan, yang terus-menerus dialami dengan segala bentuknya, dan mereka dapat selamat dari semua godaan, tanpa sedikitpun tersentuh oleh godaan dan hawa nafsu yang datang dari setan. Golongan ini, berkata, “Sesungguhnya jiwa hanya dapat lurus dengan ibadah yang sulit dan berat, karena jiwa mempunyai karakter malas, dan menyukai kerendahan dan kehinaan. Ia tidak dapat menjadi lurus, kecuali dengan melakukan hal-hal yang berat dan memikul kesulitan.”

Meninggalkan segala kenikmatan, kemewahan, angan-angan akan keindahan dunia, harta yang banyak , semuanya harus dipupus. Selain itu, harus meninggalkan orang-orang yang selalu menawarkan kenikmatan, keindahan, pangkat, serta buaian wanita-wanita yang cantik, dan dengan segala bujukan keindahan dan kenikmatan yang selalu ditawarkannya. Semuanya itu hanyalah akan mendera jiwa dan bathinnya,dan tak akan dapat membuat dirinya mencapai maqam 'Iyyaka Na'budi wa Iyyaka Nata'in".

Tidak mungkin dapat mencapai maqam ‘Iyyaka Na’budu’ bagi jiwa dan bathin orang-orang yang terus menerus hidupnya dipenuhi dengan khayalan dan dikotori oleh kehidupan dunia, yang tidak pernah henti-henti. Kehidupan dunia hanyalah ambisi orang-orang yang lalai, dan tidak menyukai maqam ‘Iyyaka Na’budu”, karena hakikatnya mereka tidak lagi mempercayai janji dari Allah Azza Wa Jalla. Mereka ini hanyalah menjadi budak dunia, dan kemudian berwala’ (memberikan loyalitasnya) kepada hamba-hamba setan.

Bagi mereka yang menginginkan maqam ‘Iyyaka Na’budu’, hanya dapat dicapai dengan melakukan hal-hal yang berat dan memikul kesulitan. Kesulitan dan beban berat yang harus dipikul, pasti akan bermunculan dalam kehidupan ini, terutama bagi mereka yang ingin mencapai maqam ‘Iyyaka Na’budu’, karena tantangan dalam kehidupan jahiliyah, yang tak lagi mengenal batas-batas, yang sudah ditetapkan dalam Qur’an dan Sunnah. Kencintaan pada hawa nafsunya telah membawa mereka meninggalkan segala kebaikan yang bersifat fitrah yang diberikan oleh Allah Azza Wa Jalla kepada mereka.

Bagi mereka yang ingin menggapai maqam 'Iyyaka Na'budu", orientasi hidup mereka hanyalah mencari ridho Allah. Tidak mencari ridho makhluk termasuk manusia. Ketika, ibadah utama di masa jihad adalah mengutamakan jihad, dan meninggalkan wirid-wirid, seperti shalat malam, dan puasa sunah pada siang hari, bahkan sampai meninggalkan kesempurnaan shalat fardhu seperti dalam kondisi aman. Mereka pergi berjihad di jalan Allah Rabbul Alamin.

Karena mereka tahu bagi mereka yang memiliki maqam ‘Iyyaka Na’budu’, nilai berjihad itu lebih utama, dan akan janji Allah Azza Wa Jalla, di mana akan memasukkan ke dalam surga-Nya, tanpa melalui hisab, bagi mereka yang mati syahid. Betapa indahnya kehidupan bakal digapai kelak di akhirat.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maqam 'Iyyaka Na'budi', lebih menyukai bangun malam, melakukan shalatul lail, membaca Qur’an, berdo’a, berdzikir, beristighfar, meninggalkan segala urusan saat datangnya adzan, melaksanakan shalat fardhu dengan penuh ikhlas, dan pergi ke masjid-masjid shalat berjamaah. Mereka tetap shalat berjamaah dalam kondisi apapun. Tidak sekali-kali masbukh. Masjid sebagai ‘Baitullah’ lebih utama dari segalanya. Tidak berarti apapun baginya, kecuali hanya masjid yang berharga bagi kehidupannya, di mana setiap saat sesuai dengan ketentuan Rabbnya, dan selalu melaksanakannya dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.



Saat orang-orang membutuhkan pertolongan baik jabatan, fisik, maupun harta, maka ia akan segera memberikan pertolongan, dan berpikir panjang tentang pribadinya, dan mensegerakan kepentingan dari saudaranya yang tertimpa musibah.

Ketika membaca Qur’an, tak ada lagi yang diingatnya, karena Qur’an itu adalah ‘Kalamullah’, dan membaca dengan sepenuh hati, memahami makna-maknanya, dan berjanji melaksanakan semua perintah-Nya. Seperti generasi Salaf, yang terus melaksanakan apa saja, yang diperintahkan oleh Allah Azza Wa Jalla, sehingga mereka mendapatkan kemuliaan dan kejayaan.

Ketika, menjelang hari terakhir di bulan Ramadhan, ia tinggalkan semunya, dan beri’tikaf di masjid-masjid, dan hanya mengharapkan datangnya maghfirah dari Rabbnya. Tidak lagi menyibukkan diri dengan kehidupan dunia, yang justru akan merusak hari terakhir puasa, yang akan membawanya kepada golongan muttaqin.

Mencapai maqam ‘Iyyaka Na’budu’ sebuah perjuangan yang sangat berat bagi manusia. Karena manusia selalu digoda oleh hawa nafsunya, dan sifat malasnya untuk melakukan kebaikan dan mencintai Rabbnya.

Manusia jahiliyah hidupnya hanyalah dipenuhi dengan berebut sekerat kehidupan dunia, yang diakhirat menjadikan mereka golongan yang merugi. Wallahu’alam.

Kenangan

Selalu aku kenang-kenang kembali zaman persekolahan ada saja perkara-perkara bodoh yang melucukan, yang membuatkan aku tersenyum-senyum sendiri. Ada juga yang perit, namun bila ditimbang semula, bersyukur aku kerana Allah sayangkan hambaNya ini.


Teman-teman seperjuangan di alam persekolahan SMAKK 2001-2002
Dihadapan pagar asrama puteri.. ^_^ luv u my frens

Saturday, July 17, 2010

Mengenal diri dan Pencipta

     Sering aku merasakan bahawa sejak menginjak usia 20-an hidup ku beza sekali. Seolah-olah usia belasan tahun itu bukan dilalui oleh aku bahkan orang lain. Kedua-dua zaman amat berbeza perjalanannya, hanya yang sama ialah jiwa yang menjeruk rasa. Ada yang menamakan hati yang menjeruk rasa ini sebagai jalan menuju kedewasaan, ada juga yang menamakannya tidak redha dengan qada dan qadar Allah s.w.t. Namun, bagi hamba Allah yang kerdil ini, itu ialah hati yang terluka.
    Hanya kecintaan kepada Allah dapat mengubat hatiku, kerana Dia yang membolak-balik hati kita, hamba-hambaNya, makhluq. Moga Allah s.w.t memudahkan jalan menuju kepadaNya kerana aku terlalu rindu kasih sayangNya. Ingin benar aku rasai cintaNya hingga tertanya-tanya bagaimana nikmat menjadi insan kecintaanNya. Hingga hatiku hiba dan terlalu sakit untuk bangun mencari-cari bantuan menggapai kasihNya kerana aku sudah malu untuk meminta, tidak terhingga pemberianNya, hanyasanya aku bertaubat dan kemudian berbuat dosa lagi... sedang yakin benar dalam hatiku, Dia sentiasa bersamaku, hanya belum tersingkap hijab kerana hati ku yang kotor... Ya Allah, hanya Engkau tempat bergantung dan berharap, permudahkan perjalanan rohani dan jasmani ini kepada-Mu...aku mahu jadi kecintaanMu.

Monday, June 28, 2010

Buku yang dah habis baca bulan April 2010

Aku ambil masa lebih kurang 4 bulan untuk habiskan buku ni. Kadang-kadang buku ni membosankan, dengan fakta-fakta yang aku tak tahu harus percaya atau tidak. Bagi sesiapa yang berminat dengan teori Illuminati atau Freemason, boleh la baca buku ni.

Matlamat hidup

Beberapa bulan kebelakangan ni aku banyak berfikir tentang hala tuju hidup. Terlalu banyak halangan yang aku rasa sukar untuk ditempuhi, cabaran-cabaran yang aku tak mahu hadapi tapi ada di hadapan mata, terbentang dalam lapangan kehidupan, melintang depan jalan yang aku perlu lalu untuk mencapai kehendak-kehendak tertentu. Halangan-halangan ini buat aku berfikir dan mereka membantutkan perjalanan ku.
Terus-terang, aku tidak bijak mengurus hidup. kata orang, selalu "demotivated"...tidak pandai memotivasikan diri walaupun aku selalu memotivasikan orang lain. Pandai cakap tapi tak reti buat. Antara perkara-perkara yang sering berpusing-pusing dalam benak minda ku ialah
  1. Dalam tempoh lima tahun lagi aku akan jadi manusia yang bagaimana?
  2. Adakah aku benar-benar berminat hendak menyumbangkan sesuatu kepada masyarkat dengna aktif dalam NGO tertentu? atau aku sebenarnya lebih sukakan duit dan menghiburkan diri berbanding hidup untuk orang lain....belum benar-benar pasti, dan aku benci fikiran yang tidak tetap begini.
  3. Bagaimana hendak jadi kaya?
  4. Bagaimana hendak lari dari masalah-masalah yang banyak?
  5. Perlukan aku lari ke negara lain, ke tempat yang tak ada satu jiwa pun kenal aku supaya aku boleh memulakan hidup baru?
  6. Adakan aku sesuai dalam bidang guaman??? aku benci masalah.
  7. Bolehkah aku hidup tanpa duit?
  8. Bagaimana aku boleh belajar tanpa perlu risau tentang masalah kewangan? Tanpa perlu kerja sampingan?
  9. Siapa yang akan bayar hutang belajar kalau aku nak belajar sampai mati?
  10. Negeri manakah di Malaysia yang aku boleh hidup tanpa terserempak dengan saudara mara atau kawan2 lama atau kawan2 mak ayah aku?...hmm mungkin aku kena duduk padang pasir Afghanistan supaya CIA pun tak boleh jumpa aku.
  11. Apa aku nak dalam hiodup sebenarnya????..selain duit.

Tuesday, September 29, 2009

Qiam ku

aku tak rajin qiam
dalam usaha disiplin diri jaga malam
aku tak banyak puasa sunat
bulan puasa pun kadang-kadang aku boleh terfikir lapar
hinanya aku

aku tahu pesan
aku tahu mengingatkan
tapi aku sendiri selalu lupa
suruh orang buat baik kiri kanan
tambah amal menggunung
diri ku belum terdidik

medan tarbiyah terbentang luas
belum satu peratus ku gapai
siapa mahu bantu aku?
huh!! diri ku sendiri

aku insan
lupa
janji ku sebelum tidur
mahu bangun solat
qiamullail
janji ku sebelum tidur
mahu bangun sahur
supaya tiada alasan kelaparan pada siang hari

janji tinggal janji
munafiq kah aku?
sedang aku berjanji pada Tuhan ku
sedang aku berjanji pada rohani ku
rohani ku yang kelaparan
bila akan ku penuhi janji-janji ku?