Monday, June 28, 2010

Buku yang dah habis baca bulan April 2010

Aku ambil masa lebih kurang 4 bulan untuk habiskan buku ni. Kadang-kadang buku ni membosankan, dengan fakta-fakta yang aku tak tahu harus percaya atau tidak. Bagi sesiapa yang berminat dengan teori Illuminati atau Freemason, boleh la baca buku ni.

Matlamat hidup

Beberapa bulan kebelakangan ni aku banyak berfikir tentang hala tuju hidup. Terlalu banyak halangan yang aku rasa sukar untuk ditempuhi, cabaran-cabaran yang aku tak mahu hadapi tapi ada di hadapan mata, terbentang dalam lapangan kehidupan, melintang depan jalan yang aku perlu lalu untuk mencapai kehendak-kehendak tertentu. Halangan-halangan ini buat aku berfikir dan mereka membantutkan perjalanan ku.
Terus-terang, aku tidak bijak mengurus hidup. kata orang, selalu "demotivated"...tidak pandai memotivasikan diri walaupun aku selalu memotivasikan orang lain. Pandai cakap tapi tak reti buat. Antara perkara-perkara yang sering berpusing-pusing dalam benak minda ku ialah
  1. Dalam tempoh lima tahun lagi aku akan jadi manusia yang bagaimana?
  2. Adakah aku benar-benar berminat hendak menyumbangkan sesuatu kepada masyarkat dengna aktif dalam NGO tertentu? atau aku sebenarnya lebih sukakan duit dan menghiburkan diri berbanding hidup untuk orang lain....belum benar-benar pasti, dan aku benci fikiran yang tidak tetap begini.
  3. Bagaimana hendak jadi kaya?
  4. Bagaimana hendak lari dari masalah-masalah yang banyak?
  5. Perlukan aku lari ke negara lain, ke tempat yang tak ada satu jiwa pun kenal aku supaya aku boleh memulakan hidup baru?
  6. Adakan aku sesuai dalam bidang guaman??? aku benci masalah.
  7. Bolehkah aku hidup tanpa duit?
  8. Bagaimana aku boleh belajar tanpa perlu risau tentang masalah kewangan? Tanpa perlu kerja sampingan?
  9. Siapa yang akan bayar hutang belajar kalau aku nak belajar sampai mati?
  10. Negeri manakah di Malaysia yang aku boleh hidup tanpa terserempak dengan saudara mara atau kawan2 lama atau kawan2 mak ayah aku?...hmm mungkin aku kena duduk padang pasir Afghanistan supaya CIA pun tak boleh jumpa aku.
  11. Apa aku nak dalam hiodup sebenarnya????..selain duit.