Saturday, July 17, 2010

Mengenal diri dan Pencipta

     Sering aku merasakan bahawa sejak menginjak usia 20-an hidup ku beza sekali. Seolah-olah usia belasan tahun itu bukan dilalui oleh aku bahkan orang lain. Kedua-dua zaman amat berbeza perjalanannya, hanya yang sama ialah jiwa yang menjeruk rasa. Ada yang menamakan hati yang menjeruk rasa ini sebagai jalan menuju kedewasaan, ada juga yang menamakannya tidak redha dengan qada dan qadar Allah s.w.t. Namun, bagi hamba Allah yang kerdil ini, itu ialah hati yang terluka.
    Hanya kecintaan kepada Allah dapat mengubat hatiku, kerana Dia yang membolak-balik hati kita, hamba-hambaNya, makhluq. Moga Allah s.w.t memudahkan jalan menuju kepadaNya kerana aku terlalu rindu kasih sayangNya. Ingin benar aku rasai cintaNya hingga tertanya-tanya bagaimana nikmat menjadi insan kecintaanNya. Hingga hatiku hiba dan terlalu sakit untuk bangun mencari-cari bantuan menggapai kasihNya kerana aku sudah malu untuk meminta, tidak terhingga pemberianNya, hanyasanya aku bertaubat dan kemudian berbuat dosa lagi... sedang yakin benar dalam hatiku, Dia sentiasa bersamaku, hanya belum tersingkap hijab kerana hati ku yang kotor... Ya Allah, hanya Engkau tempat bergantung dan berharap, permudahkan perjalanan rohani dan jasmani ini kepada-Mu...aku mahu jadi kecintaanMu.

No comments:

Post a Comment