aku tak rajin qiam
dalam usaha disiplin diri jaga malam
aku tak banyak puasa sunat
bulan puasa pun kadang-kadang aku boleh terfikir lapar
hinanya aku
aku tahu pesan
aku tahu mengingatkan
tapi aku sendiri selalu lupa
suruh orang buat baik kiri kanan
tambah amal menggunung
diri ku belum terdidik
medan tarbiyah terbentang luas
belum satu peratus ku gapai
siapa mahu bantu aku?
huh!! diri ku sendiri
aku insan
lupa
janji ku sebelum tidur
mahu bangun solat
qiamullail
janji ku sebelum tidur
mahu bangun sahur
supaya tiada alasan kelaparan pada siang hari
janji tinggal janji
munafiq kah aku?
sedang aku berjanji pada Tuhan ku
sedang aku berjanji pada rohani ku
rohani ku yang kelaparan
bila akan ku penuhi janji-janji ku?
Salam ziarah & salam maal hijrah, slmt thn baru.. Terus menulis dgn baik..
ReplyDelete