Aku ambil masa lebih kurang 4 bulan untuk habiskan buku ni. Kadang-kadang buku ni membosankan, dengan fakta-fakta yang aku tak tahu harus percaya atau tidak. Bagi sesiapa yang berminat dengan teori Illuminati atau Freemason, boleh la baca buku ni.
Monday, June 28, 2010
Buku yang dah habis baca bulan April 2010
Aku ambil masa lebih kurang 4 bulan untuk habiskan buku ni. Kadang-kadang buku ni membosankan, dengan fakta-fakta yang aku tak tahu harus percaya atau tidak. Bagi sesiapa yang berminat dengan teori Illuminati atau Freemason, boleh la baca buku ni.
Matlamat hidup
Beberapa bulan kebelakangan ni aku banyak berfikir tentang hala tuju hidup. Terlalu banyak halangan yang aku rasa sukar untuk ditempuhi, cabaran-cabaran yang aku tak mahu hadapi tapi ada di hadapan mata, terbentang dalam lapangan kehidupan, melintang depan jalan yang aku perlu lalu untuk mencapai kehendak-kehendak tertentu. Halangan-halangan ini buat aku berfikir dan mereka membantutkan perjalanan ku.
Terus-terang, aku tidak bijak mengurus hidup. kata orang, selalu "demotivated"...tidak pandai memotivasikan diri walaupun aku selalu memotivasikan orang lain. Pandai cakap tapi tak reti buat. Antara perkara-perkara yang sering berpusing-pusing dalam benak minda ku ialah
- Dalam tempoh lima tahun lagi aku akan jadi manusia yang bagaimana?
- Adakah aku benar-benar berminat hendak menyumbangkan sesuatu kepada masyarkat dengna aktif dalam NGO tertentu? atau aku sebenarnya lebih sukakan duit dan menghiburkan diri berbanding hidup untuk orang lain....belum benar-benar pasti, dan aku benci fikiran yang tidak tetap begini.
- Bagaimana hendak jadi kaya?
- Bagaimana hendak lari dari masalah-masalah yang banyak?
- Perlukan aku lari ke negara lain, ke tempat yang tak ada satu jiwa pun kenal aku supaya aku boleh memulakan hidup baru?
- Adakan aku sesuai dalam bidang guaman??? aku benci masalah.
- Bolehkah aku hidup tanpa duit?
- Bagaimana aku boleh belajar tanpa perlu risau tentang masalah kewangan? Tanpa perlu kerja sampingan?
- Siapa yang akan bayar hutang belajar kalau aku nak belajar sampai mati?
- Negeri manakah di Malaysia yang aku boleh hidup tanpa terserempak dengan saudara mara atau kawan2 lama atau kawan2 mak ayah aku?...hmm mungkin aku kena duduk padang pasir Afghanistan supaya CIA pun tak boleh jumpa aku.
- Apa aku nak dalam hiodup sebenarnya????..selain duit.
Tuesday, September 29, 2009
Qiam ku
aku tak rajin qiam
dalam usaha disiplin diri jaga malam
aku tak banyak puasa sunat
bulan puasa pun kadang-kadang aku boleh terfikir lapar
hinanya aku
aku tahu pesan
aku tahu mengingatkan
tapi aku sendiri selalu lupa
suruh orang buat baik kiri kanan
tambah amal menggunung
diri ku belum terdidik
medan tarbiyah terbentang luas
belum satu peratus ku gapai
siapa mahu bantu aku?
huh!! diri ku sendiri
aku insan
lupa
janji ku sebelum tidur
mahu bangun solat
qiamullail
janji ku sebelum tidur
mahu bangun sahur
supaya tiada alasan kelaparan pada siang hari
janji tinggal janji
munafiq kah aku?
sedang aku berjanji pada Tuhan ku
sedang aku berjanji pada rohani ku
rohani ku yang kelaparan
bila akan ku penuhi janji-janji ku?
dalam usaha disiplin diri jaga malam
aku tak banyak puasa sunat
bulan puasa pun kadang-kadang aku boleh terfikir lapar
hinanya aku
aku tahu pesan
aku tahu mengingatkan
tapi aku sendiri selalu lupa
suruh orang buat baik kiri kanan
tambah amal menggunung
diri ku belum terdidik
medan tarbiyah terbentang luas
belum satu peratus ku gapai
siapa mahu bantu aku?
huh!! diri ku sendiri
aku insan
lupa
janji ku sebelum tidur
mahu bangun solat
qiamullail
janji ku sebelum tidur
mahu bangun sahur
supaya tiada alasan kelaparan pada siang hari
janji tinggal janji
munafiq kah aku?
sedang aku berjanji pada Tuhan ku
sedang aku berjanji pada rohani ku
rohani ku yang kelaparan
bila akan ku penuhi janji-janji ku?
Friday, August 28, 2009
Cara-cara meningkatkan semangat hidup
Saya bukanlah pakar motivasi, tapi saya nak kongsi sikit-sikit cara saya meningkatkan semangat bila rasa 'down' sangat-sangat. (rasa 'down sikit-sikit tu kadang-kadang saya buat tak tahu je (^ _^)..
- Bila rasa malas sangat bangun dari katil - baca Au'zubillahi minasyaitonirrojim. Percayalah, teknik ni sangat berkesan buat saya. Tetiba je rasa ringan badan turun. Katil saya kat hostel lagi la tinggi, boleh pegang siling bilik! Silap lompat pasti patah tengkuk.
- Bila malas pegi kelas - bayang muka mak bapak yang bagi duit makan. Pasti rasa cam nak pecah dada. Cepat-cepat siap. Biar lambat setengah jam pun takpe, saya redah je buat muka tak malu masuk kelas. HEHEHE...
- Bila malas mandi pagi - bayang muka kawan-kawan yang cam nak mampus duduk sebelah kita dalam kuliah, kesian...semput tahan nafas. Hmmmm, sebenarnya tak de la teruk sangat. Zaman sekolah menengah dulu pun selalu je kantoi mandi pagi. Tak pernah plak kawan kat sebelah pengsan. Tapi, atas dasar kemanusiaan kita perlu mandi pagi selagi mana kita tinggal di bumi Malaysia!
- Bila malas buat assigment - kira satu sem berapa ribu duit yuran kita bayar! Kalau yang pakai pinjaman lagi naya! Yang pakai loan Pa-Ma, sedar-sedarlah diri. Jangan nak buat copy keje orang bulat-bulat, paraphrase takpe. Beringat-ingatlah.
- Bila malas bangun malam (qiamullail) - kenang-kenang balik cukup ke solat fardhu? Puasa Ramadhan tu dah bagus sangat ke? Hormat mak bapak dah cukup ke? Hubungan sesama manusia suci murni ke? Kalau sedar diri tak sempurna, BANGUNLAH! Malam-malam sunyi sepi ni lah kita nak nangis sampai semput pun takde sape nak gelakkan. Hanya Dia dan diri hamba ni yang ada berkhalwat sepanjang malam. Hargai malam.
Ni je kot buat masa ni...
Ujian
Anugerah dari Tuhan
Sabar diuji
Baru tahu diri
Jangan berani mengaku sabar
Andai belum dicabar
Kesabaran terbit dari
Sambutan kepada cabaran
Di situ baru nampak
Riak wajah Sabar mu
Benar kamu sabar
Atau pantang dicabar
Merah padam wajah bila diuji
Adakah sama dalam hati
Marah
Dendam
Syukur
Redha
Penerimaan mu
Di luar semua tahu
Di dalam Dia tahu
Dia Kekasihmu Ujian,
Sabar lari selari
Kamu pinta sabar
Dia beri ujian
Susah adalah rahmat
Tanda ingatanNya padamu
Redah dengan redha
Syukur tempuhi
Ada nikmat kekal abadi
Bagimu yang sabar
Anugerah dari Tuhan
Sabar diuji
Baru tahu diri
Jangan berani mengaku sabar
Andai belum dicabar
Kesabaran terbit dari
Sambutan kepada cabaran
Di situ baru nampak
Riak wajah Sabar mu
Benar kamu sabar
Atau pantang dicabar
Merah padam wajah bila diuji
Adakah sama dalam hati
Marah
Dendam
Syukur
Redha
Penerimaan mu
Di luar semua tahu
Di dalam Dia tahu
Dia Kekasihmu Ujian,
Sabar lari selari
Kamu pinta sabar
Dia beri ujian
Susah adalah rahmat
Tanda ingatanNya padamu
Redah dengan redha
Syukur tempuhi
Ada nikmat kekal abadi
Bagimu yang sabar
Beberapa hal yang menyelamatkan diri dari Fitnah
1. Merasa hina di hadapan Allah
Selalu merasa hina dan rendah diri di hadapan Allah yang Maha Agung dan Maha Mulia serta bersungguh-sungguh dalam memohon segala sesuatu kepadaNya. Allah berfirman :
"Maka segeralah kembali kepada (mentaati Allah, sesungguhnya Aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untuk mu" al-Dzariyyat 51:50.
Tidak ada satu tempat pun kembali melainkan hanya kepada Allah. KepadaNya lah kita bertaubat dan memohon keampunan serta hanya kepadaNya lah kita sentiasa memanjatkan segala doa selama-lamanya.
"Mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk ketika datang seksaan Kami kepda mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepda mereka kebaikan apa yang selalu mereka kerjakan." al-An'am 6:43.
Dan Allah berfirman lagi:
" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. aku kabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepadaKu ,maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."al-Baqarah 2:186.
2. Mencari petunjuk Allah
3. Tidak meneyerupai musuh-musuh Allah
4. Keyakinan
5. Bersabar dalam melawan Hawa Nafsu
6. Sentiasa Bertaubat
7. Mensyukuri Nikmat Allah
8. Berdakwah di Jalan Allah.
9. Membenteras Bid'ah
10. Menghasilkan produk-produk yang Islami
11. Membenteras Kebatilan dan Kebodohan
12. Menyebarkan Syariah Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)